Selamat Datang

SELAMAT DATANG KE BLOG P&P MATEMATIK
Mata Pelajaran : Matematik (KSSR Tahun 1)
Bidang : NOMBOR DAN OPERASI
Tajuk : TAMBAH DAN TOLAK


Selasa, 13 Disember 2011

Bahan Penilaian

Kepada pelajar yang ingin cuba menilai tahap pengetahuan tentang

Mata pelajarana : Matematik.
Tahun : Satu
Topik : Nombor dan Operasi.
Tajuk : Operasi Tambah dan Tolak.


Sabtu, 15 Oktober 2011

OPERASI TAMBAH


2.1 Mengenal pasti pasangan


Nombor untuk membentuk satu nombor yang berkaitan.


SLIDE 

SLIDE DAN VIDEO


VIDEO DARI EDUWEBTV

Jumaat, 14 Oktober 2011


RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN MATEMATIK (TAHUN 1)



Rancangan pengajaran tahunan ini adalah contoh rancangan pengajaran tahunan bagi
            BIDANG          :           NOMBOR DAN OPERASI
            TAJUK             :           TAMBAH DAN TOLAK

BIL
STANDARD KANDUNGAN
STANDARD PEMBELAJARAN
CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN
CATATAN
1.
2.1 Mengenal pasti pasangan

Nombor untuk membentuk satu nombor yang berkaitan.
Murid berupaya untuk:

i)       Menyatakan pasangan nombor bagi jumlah nombor yang diberi.
ii)      Menyebut jumlah dua nombor.
iii)    Senaraikan kombinasi dua nombor bagi jumlah nombor yang diberi.
i.        Murid membuat pemerhatian terhadap dua kumpulan objek.
ii.      Murid menyatakan bilangan objek bagi setiap kumpulan tersebut.
iii.     Murid menyatakan jumlah apabila bilangan dua kumpulan objek tersebut digabungkan.


2.
2.2 Mengenal simbol
Murid berupaya untuk:

i)      Mengguna dan mempelbagaikan perbendaharaan kata yang relevan dalam konteks tambah dan tolak.
ii)    Memperkenalkan simbol bagi tambah, tolak dan sama dengan.
iii)   Menggunakan simbol tambah, tolak dan sama dengan bagi menulis ayat matematik berdasarkan situasi yang diberi.
i.      Murid membuat pemerhatian terhadap penggabungan dua kumpulan objek yang ditunjukkan oleh guru.
ii.     Murid menyatakan perbendaharan kata yang relevan dengan tindakan guru.
iii.   Murid menggantikan perkataan yang disebut dengan perkataan TAMBAH dan SAMA DENGAN.
iv.   Murid diperkenalkan dengan simbol yang mewakili perkataan TAMBAH dan SAMA DENGAN
v.    Murid menggunakan simbol TAMBAH dan SAMA DENGAN berdasarkan kepada situasi yang lain.


3.
2.3 Tambah dan tolak dalam lingkungan 100
i. Tambah dan tolak dalam lingkungan fakta asas.        

a)     Menyatakan secara spontan fakta asas tambah.
b)    menyatakan secara spontan fakta asas tolak
c)     menyatakan fakta asas tolak sejajar dengan fakta asas tambah.
d)    menggunakan strategi tertentu bagi membina dan menyatakan fakta asas tambah dan tolak.
e)    menggunakan abakus 4:1 untuk mewakilkan pengiraan tambah dan tolak.

ii.  Tambah dan Tolak dalam lingkungan 100

a)    Melaksanakan pengiraan tambah dan tolak
b)   Menggunakan abakus 4:1 untuk mewakilkan pengiraan tambah dan tolak.
c)    Menggunakan strategi pengiraan secara mental bagi penambahan dan penolakan.

1)    Kad Imbasan:
      - Murid membuat pemerhatian bilangan bola pada dua keping kad imbasan dan menyatakan jumlah bola pada kedua-dua kad tersebut.

2)    Nombor Ajaib:
      -   Murid duduk secara berpasangan, setiap murid mendapat kad nombor 1 hingga 9.
      -   Murid mengeluarkan satu kad secara rawak dan menambahkan nombor pada kad mereka dengan nombor kad rakan (ulang untuk aktiviti penolakan)

3)    Kotak beracun (abakus):
      -   Murid bekerjasama dalam kumpulan untuk menyelesaikan soalan fakta asas penambahan dan penolakan yang mereka perolehi daripada kotak beracun dengan menggunakan abakus.

4)    Rekreasi Matematik:
      -    Murid menyanyikan lagu sepuluh budak hitam dihadapan kelas.


4
2.4 Membina dan menyelesaikan masalah yang melibatkan situasi cerita bagi opersi tambah dan tolak.
i)      Mereka cerita masalah tambah dan tolak dalam lingkungan 100.
ii)    Menyelesaikan masalah tambah dan tolak melalui simulasi atau model situasi.
iii)   Menyelesaikan masalah tambah dan tolak melibatkan situasi harian.

1)    Belon Ku Sayang:
      -  Guru menunjukkan gambar atau belon.
      -   Murid membuat analisis dan mereka ayat daripada situasi tersebut.
2)    Menyelesaikan Masalah
      -   Murid membuat latihan penyelesaian masalah dengan bimbingan guru.





Selasa, 27 September 2011

Pengenalan Pembinaan Blog

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh dan Salam Sejahtera.


Pembinaan blog ini adalah bagi menyelesaikan tugasan yang telah diberikan kepada saya bagi Kursus Teknologi Maklumat untuk Sekolah Rendah (KRT 3013), UPSI. Kursus ini merangkumi topik-topik yang dapat mengembangkan kemahiran asas komputer dalam kalangan kanak-kanak seperti menggunakan komputer, menyimpan dan mendapat kembali maklumat, berkomunikasi, mencetak dan sebagainya. juga diberi tumpuan kepada persediaan komputer untuk pengajaran dan pembelajaran, pemilihan perisian yang sesuai, perkembangan kemahiran asas melalui teknologi maklumat seperti mengenal nombor, huruf, kemahiran membaca dan kemahiran matematik.


Tugasan yang telah diberikan ialah:


Tugasan 1C: Pembangunan Blog (30%) 
Tarikh akhir: 12 Disember 2011 (Isnin)


Secara individu, pelajar dikehendaki membina blog P&P bagi satu topik pengajaran yang dipilih berdasarkan sukatan mata pelajaran dari Kementerian Pelajaran Malaysia. Pelajar diwajibkan menggunakan platform Blogger (Blogger). Pelajar dibenarkan memilih sendiri mata pelajaran yang dikuasai mereka. Bagi penilaian pembangunan blog berjumlah 20%, pelajar dikehendaki memasukkan pautan blog ke dalam forum yang akan disediakan khusus untuk tugasan ini. Pastikan nama, nombor matrik dan topik masing-masing diletakkan di muka hadapan blog. Markah bonus akan diberikan sekiranya pelajar berjaya mengintegrasikan aplikasi lain ke dalam blog mereka seperti YouTube, FaceBook, Scribd, Prenzi dan sebagainya. Markah bagi tugasan ini diberikan berdasarkan kandungan (10%) serta senireka persembahan blog:


KRITERIA
MARKAH
Isi kandungan blog serta kualiti penyampaian
10
Senireka blog serta daya tarikan
10
Teknik serta kaedah mengajar /teknologi yang digunakan dalam blog seperti video, animasi dan sebagainya
10
JUMLAH
30

 Beberapa rujukan berkaitan pembinaan blog:


Sebarang komen atau cadangan amat diharapkan oleh pembaca sekalian agar dapat saya perbaiki kepada yang lebih baik.